I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 4 January 2012

saHabAt.....

Apakah erti semangat setia kawan bagi anda?. Apapun tafsiran anda mengenai 3 perkataan ini, ia tetap membawa satu maksud yang sama iaitu satu semangat kesetiaan, semangat kekitaan, semangat berpasukan dan semangat bekerjasama dalam satu komuniti ataupun kumpulan. dengan erti kata lain nya adalah semangat setia kawan adalah satu semangat yang dapat menyatupadukan masyarakat dalam sesebuah Negara khususnya tanpa mengira agamanya, bangsanya, warna kulitnya atau keturunannya. Tanpa semangat ini, sudah pasti hari ini kita berpecah belah dan porak-poranda.

Apabila kita fokuskan semangat ini dalam satu kumpulan yang kecil seperti persatuan, kelab ataupun pertubuhan ia sebenarnya boleh menjana kemajuan, keamanan, perpaduan dan penyatuan sesama ahlinya.  Jatuh dan bangunnya kumpulan tersebut adalah berpunca dari kerjasama dan semangat setia kawan yang ada pada setiap ahlinya. Pepatah melayu juga ada menyatakan, bersatu kita teguh bercerai kita pasti roboh. Seorang ahli yang tidak mempunyai semangat ini boleh menyebabkan kejatuhan martabat sesebuah kumpulan, seperti pepatah melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
 
Tanpa satu semangat setia kawan, sudah pasti kita hari ini tidak dapat duduk semeja dengan rakan-rakan yang lain bangsa, agama dan keturunan. Tetapi kerana semangat itulah hari ini kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment